Pages

Follow Us

NABI HUD AS


"Aad" adalah nama bapa suatu suku yg hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut atr Yaman dan Umman dan termasuk suku yg tertua sesudak kaum Nabi Nuh serta terkenal dgn kekuatan jasmani dlm bentuk tubuh-tubuh yg besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yg subur dgn sumber-sumber airnya yg mengalir dr segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam utk bhn makanan mrk. dan memperindah tempat tinggal mereka dgn kebun-kebun bunga yg indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dlm waktu yg singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yg terbesar diantara suku-suku yg hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dgn kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yg diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yg disembah sebagai tuhan mereka yg menurut kepercayaan mereka dpt memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dlm hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yg mereka sedang tenggelam di dlmnya berkat tanah yg subur dan menghasilkan yg melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yg mereka sembah. Krnnya mereka tidak putus-putus sujud kpd kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yg sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorg tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yg menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dlm masyarakat di mana yg kuat menindas yg lemah yg besar memperkosa yg kecil dan yg berkuasa memeras yg di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yg didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kpd sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kpd mereka.

Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya

Sudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dlm kehidupan yg sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yg dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorg Nabi atau Rasul yg bertugas utk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yg sebelumnya mengembalikan masyarakat yg sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusiadari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dgn iman tauhid dan aqidah yg sesuia dgn fitrah.

Demikianlah maka kpd suku Aad yg telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yg mengurniakan itu semua. Di utuskan kpd mereka Nabi Hud seorg drp suku mereka sendiri dr keluarga yg terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dgn kelakuan yg baik budi pekerti yg luhur dan sgt bijaksana dlm pergaulan dgn kawan-kawannya.
Nabi Hud memulai dakwahnya dgn menarik perhatian kaumnya suku Aad kpd tanda-tanda wujudnya Allah yg berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allahlah yg mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dgn segala kenikmatan hidup yg berupa tanah yg subur, air yg mengalir serta tubuh-tubuhan yg tegak dan kuat. Dialah yg seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yg mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yg tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yg sewaktunya dpt mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.

Di terangkan oleh Nabi Hud bahaw adia adalah pesuruh Allah yg diberi tugas utk membawa mereka ke jln yg benar beriman kpd Allah yg menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya drp mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jln yg benar. Ia hanya menjlnkan perintah Allah dan memperingatkan mereka bahawa jika mrk tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yg mati binasa tenggelam dlm air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kpd berhala dan patung-patung yg mereka sembah dan puja itu.

Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yg tidak pernah mrk dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yg dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yg telah mereka kenal dan warisi dr nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorg dr suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dgn sesuatu yg baru yg mereka tidak kenal dan tidak dpt dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dgn serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dgn berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yg diterimanya dgn kepala dingin dan penuh kesabaran.

Berkatalah kaum Aad kpd Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yg engkau hendak anjurkan kpd kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kpd tuhan-tuhan kami yg berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yg tidak dpt kami jangkau dgn pancaindera kami dan tuhan yg menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yg kami lakukan ini ialah yg telah kami warisi dr nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yg seharusnya kembali kpd aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dgn memebawa suatu agama baru yg tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."

Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan yg aku serukan ini kpd kamu utk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dgn pancainderamu namun kamu dpt melihat dam merasakan wujudnya dlm diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dlm alam semesta yg mengelilingimu beberapa langit dgn matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dgn gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yg kesemuanya dpt bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dpt menikmati kehidupan yg sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yg harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kpd-Nya.Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yg walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dgn pancainderamu, Dia dekat drp kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jln fikiranmu. Tuhan itulah yg harus disembah oleh manusia dgn kepercayaan penuh kpd Keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yg kamu perbuat pahat dan ukir dgn tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yg pasif tidak dapat berbuat sesuatu yg menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yg sesat itu dan menolak ajaran dan agama yg telah diwahyukan kpdku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."</I

Wahai Hud! jawab kaumnya,"Gerangan apakah yg menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain drp yg sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bhw engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu utk membawa agama dan kepercayaan baru kpd kami dan mengajak kami keluar dr jln yg sesat menurut pengakuanmu ke jln yg benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dpt menerima oleh akal kami sendiri bhw engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorg drp kami , engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorg manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bezanya dgn kami, mengapa engkau yg dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorg pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yg selalu engkau eje hina dan cemuhkan."

Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "aku bukanlah seorg pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak krg sesuatu pun dan ketahuilah bhw patung-patungmu yg kamu pertuhankan itu tidak dpt mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi bandaku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dgn kamu tidak pernah terlihat pd diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yg meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah yg diberi amanat utk menyampaikan wahyu-Nya kpd hamba-hamba-Nya yg sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis dan sudah jauh menyimpang dr jln yg benar yg diajar oleh nabi-nabi yg terdahulu krn Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dlm kesesatan dan hidup dlm kegelapan tanpa diutuskan seorg rasul yg menuntun mereka ke jln yg benar dan penghidupan yg diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kpd ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kpd Allah Tuhan seru sekalian alam Tuhan yg menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuh0tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kpd-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yg telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahiulah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu di dunia ini dan diberi ganjaran sesuai dgn amalanmu yg baik dan soleh mendpt ganjaran baik dan yg hina dan buruk akan diganjarkan dgn api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah kpd kamu dan dgn ini telah memperingati kamu akan akibat yg akan menimpa kpd dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."

Kaum Aad menjawab: " Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendpt kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan kata-kata yg tidak masuk akal bhw jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dr kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dr kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yg engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kpd kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bhw kami tidak akan menyerah kpdmu dan mengikuti ajaranmu krn bayangan azab dan seksa yg engkau bayang-bayangkannya kpd kami bahkan kami menentang kpdmu datangkanlah apa yg engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dlm kata-katamu dan bukan seorg pendusta."

Baiklah! jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kpd berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dpt melepaskan diri dr bencananya. Allah menjadi saksiku bhw aku telah menyampaikan risalah-Nya dgn sepenuh tenagaku kpd mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung bandaku memberi penerangan dan tuntunan kpd jln yg baik yg telah digariskan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya."

Pembalasan Allah Atas Kaum Aad

Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yg kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dlm dua perinkat.Tahap pertama berupa kekeringan yg melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mrk, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.Dlm keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dr Allah yg dijanjikan dan bhw Allah masih lagi memberi kesempatan kpd mereka utk sedar akan kesesatan dan kekafiran mrk dan kembali beriman kpd Allah dgn meninggalkan persembahan mrk yg bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun kpd Allah agar segera hujan turun kembali dgn lebatnya dan terhindar mrk dari bahaya kelaparan yg mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan ari musibah yg mereka hadapi.

Tentangan mrk terhadap janji Allah yg diwahyukan kpd Nabi Hud segera mendapat jawapan dgn dtgnya pembalasan tahap kedua yg dimulai dgn terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yg tebal di atas mereka yg disambutnya dgn sorak-sorai gembira, krn dikiranya bhw hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yg sedang mengalami kekeringan.
Melihat sikap kaum Aad yg sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dgn nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yg akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yg telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti utk membuktikan kebenaran kata-kataku yg selalu kamu sangkal dan kamu dusta.

Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yg diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yg turun dari awan yg tebal itu tetapi angin taufan yg dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yg mencemaskan yg telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari perlindungan .Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dgn tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yg congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yg menyedihkan itu utk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yg akan datang.

Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yg beriman telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yg menimpa kaumnya yg kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yg kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yg berjatuhan serta teriakan dan tangisan org yg meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah " Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yg terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yg datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah di antaranya surah Hud, ayat 50 hingga 60 , surah " Al-Mukminun " ayat 31 sehingga ayat 41 , surah " Al-Ahqaaf " ayat 21 sehingga ayat 26 dan surah " Al-Haaqqah " ayat 6 ,7 dan 8.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.

Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yg baik yg patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yg sombong dan keras kepala itu dgn penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dgn serupa tetapi menolaknya dgn kata-kata yg halus yg menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dgn menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dgn lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dgn hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yg kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kpdmu dan betul-betul aku adalah seorg penasihat yg jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dgn kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yg sihat dgn memberikan bukti-bukti yg dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jln mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kpd siapa yg Dia kehendakinya.

© 2009 - LPK LABIT | Design: Choen | Pagenav: Abu Farhan Top